Wednesday, January 23, 2013

annyong haseyo korea: renew passport!

안녕, 잘 지내

wahh..hebat pukulan angau nak ke korea nih!..

Assalammualaikum!



first thing first ialah aku akan Negara Korea Selatan! deabakk!! apa tu? bagus maksudnya..entah apa-apa!! :')

Trip ko korea ni diusulkan oleh fakulti tempat aku bekerja. tahun-tahun sebelum ni fakulti aku buat lawatan kerja ke China & Vietnam and this year pulak lawatan kerja ke Korea Selatan!

wah..excited aku dengarnya. excited lagi apabila RM1K ditaja oleh pihak pengurusan fakulti, siapa tak nak kan?? glowing den!. itu khabar angin@rumours yang didengar pada bulan 11 tahun 2012. 

masuk tahun 2013, setelah berita ini disah dan disebarkan aku antara yang bagi nama, masa tu total untuk trip ke korea selama 6 hari 5 malam ialah RM3K. Ok, 3K banyak! tapi RM1K dah ditaja oleh pihak pengurusan!. so apa tunggu lagi? cepat-cepat bagi nama. 

aku yg banyak sangat thoughts ni mula-mula suka, lepas tu berbelah bagi, lepas tu macam tak nak pergi, lepas tu excited sangat nak pergi. siap janji dengan zu lagi nak pergi trip ni sama-sama, sebab kalau tak ada kawan pun x best trip ni.hehe. kemudian aku rasa macam tak nak pegi..lepas tu nak pegi balik! haih dah tak tetap pendirian!

antara yg buat aku macam maleh nak pegi ialah kena renew passport! masa memula buat passport pada tahun 2011. masa tu nak pegi singapore. at that time memang akak aku suggest buat 5 tahun terus sebab senang! tak payah susah nak pegi renew!

aku ni degil skit dan dikuatkan dengan alasan my money is not enough!! jadi aku buat 2 tahun saja, harga wajib bayar ialah RM100. sebab masa tu aku fikir, mungkin lepas ni aku dah tak bercuti/berjalan/bekerja ke luar negara. dan angkuhnya masa tu, kalau kena buat juga aku pergi jelah renew kan, apa susah!!!

ha kau ingat tak susah ke nak renew passport? nak pula passport aku dead time je 3 hari sebelum nak ke korea. memang sah, wajib dan benar kena renew passport. oleh sebab kekangan masa jadi nak renew passport ni selalu ditanguhkan, padahal pejabat immigration ada je di mana-mana. pilih samada nk buat dekat putrajaya atau kajang.? tp itupun bencinta nak pegi.

dah dekat pun aku malas nak pegi. kononnya nak buat online. bukan tak boleh buat online tetapi cara pembayaran melalui kad kredit..hehehe, aku xde kad kredit,kalau transfer duit boleh la. nak pinjam kad kredit kakak pula terasa seperti tak rasional je.. sigh!

so aku cekalkan hati ni utk renew passport! kot tak negara korea ko hanya akan tengok dalam Running Man saja! ha padan muka ko!!! nak pula akak dekat opis ni dah minta duit tiket dan number passport. jadi kena pegi masa bos cuti nih. tak de lah rasa besalah sangat bila keluar office sampai 3 jam!

3 jam tau aku pegi renew passport! nak pula time aku pegi adalah hari kerajaan dah dapat gaji.. 60 orang sebelum giliran aku. sigh! cuma aku nak tekankan dekat sini ialah masa renew tu, procedure perlukan satu keping salinan ic, original ic, duit dan gambar terbaru 2 keping.

perlu dingatkan yang pegi pejabat immigration tu, apabila dimaksudkan gambar terbaru tu ialah gambar yang ko nak renew passport adalah berbeza dengan gambar yang dah ada dalam passport lama ko!

mr. immigration: tak de gambar terbaru ke?
me: ada, tu kan gambar terbaru. (aku amek 3 tahun yang lepas)
mr. immigration: ni bukan gambar terbaru sebab sama dalam passport.
me: terkejut nyah sambil senyum senget
mr. immigration: sementara tunggu gilaran ni pegi ambil gambar baru dekat sana tu.,

ha amek ko! nak tak nak aku pegi jugak lah amek gambar TERbaru. sebelum ni gerak hati aku terdetik pasal gambar terbaru ni tp tak sangka gerak hati is always right! terbang spuloh hinggit aku.





3 jam tunggu nak dapat passport baru. dengar sabar dan tawakal dan main game dan habes lah satu siri tengok cerita philipina, akhirnya siap juga my new passport. kali ni aku buat 5 tahun. pejam mata je hulur RM300..hehe. senang dikemudian hari. Alhamdullilah. 








disebabkan Running Man ni lah, aku terkinja-kinja nak pegi korea.. aduhai..

Thursday, November 8, 2012

(Post terlepas) Bazar Ramadhan

Alhamdulillah dah 5 hari kite berpuasa untuk bulan ramadhan 1433H. hari ini akan berbuka puasa pada hari ke 6 dalam kelas Quality Management which mean this is the last puasa aku akan merasa sebagai student part-time. Berbuka dalam kelas dengan duduk bertiga mengadap whiteboard, bila yang kiri nak cakap pada yang kanan kena melalui si tengah yang sedang berbuka. Oh! I will miss that moment.

Setakat 5 hari berpuasa ini dah 3 bazar ramadhan aku pergi. I hate crowded and pergi bazaar ramadhan waktu kemuncak adalah satu perkara yang akan aku elak. Aku akan terpacak pukul 3.30 depan pintu bazaar tu. I am the first buyer! Hahaha

Tapi itu dalam mimpi aku je la bro. nan-hado lah nak terpacak pukul 3.30 petang dengan matahari yang tengah panas terik, buleh pulak time tu teringin nak pakai tudung hitam dipadankan dengan t-shirt hitam juga. Well, aku percaya, bila sampai rumah jam 7, aku antara ayam golek yang terbakar!.

Satu sikap manusia di bazaar ramadhan yang aku dok perhati, selain membeli belah dengan hawa nafsu dan tamak haloba ialah BERATUR. Kalo dekat bazaar ramadhan rembau, huh xde nye nak beratur! Kalo tepi sebelah makcik tengah buat ice-blended tu kosong, kat situ lah die menepek order sedangkan belakang-belakang tu belum order lagi! So sweet kan. “Dah kol 6 ni, kang tak sempat nak berbuka, jadi nyelit je lah ye kak oi!”

Bila aku pergi bazaar ramadhan serdang pula, (nasib baik pergi bukan waktu kemuncak seperti kat rembau), orang kat situ bebaik. Pandai beratur! Yelah kan, awak tu semua kerja dalam university, tak kan tak ade kesedaran sivik kot! Tapi ade je yang buat-buat tak perasan. Nak marah pun, kite tak boleh sebab kite digalakkan bersabar! =) “tak pe-tak pe, murtabak makcik ni banyak lagi”.

Dan bazaar ramadhan nilai di taman semarak yang aku pergi pukul 6! Tak payah cakap. Lautan manusia dengan cuaca terik! Amek ko!! Nak jalan pun susah. Menyingkot-nyingkot dan yang paling aku stress apabila orang depan stop, pikir nak beli apa atau tengah keluar duit, yang belakang pun terpaksalah stop. Nak motong, orang kat depan melintang patah pula. Jadi tak boleh jalan???? apa boleh buat??? SABAR! =)

Tapi yang penting sekali, aku belanja di bazaar ramadhan mengikut keperluan. Sudah tak ada lagi hawa nafsu yang tamak haloba bila berbuka ketika masa kecik dulu..kekeke. mungkin sebab dah besar matured kot. I buy what I'm craving to eat. Ayam goreng + nasi putih + sos cili dan air sarsi sejuk. Done! Aku sungguh bersyukur dengan nikmat ALLAH. Tapi aku ade juga beli kuih cara manis atau putu piring skali. Cedap!


  

Me^




Almost one month unofficially graduate from my degree program. Satu perasaan yang kekal abadi telah singgah di minda aku. “perhhhgg syyookknyyee keelaass daahhh haabeesss”. Lepas kerja aku terus chow balik rumah. Punch out tepat kol 5.00 pm. Kalo dulu masa masih belajar, aku antara orang yang selalu balik lambat sebab tunggu masa nak pergi kelas 630 petang. Sangat beruntung tempat kerja sama tempat dengan tempat belajar Cuma tempat tidur saja tak satu tempat. Jangan nak bermimpi-lah semuanya boleh di setempatkan!


Tapi sekarang ni, setelah 3 minggu habis belajar, aku rasa lega --- eh ayat lega tu tak sesuai. Ermm aku rasa bebas, bebas dari buku-buku, assignments, exams, no more critical thinking after this --- ermm ayat bebas pun aku rasa x sesuai la..aku bukan burung dok dalam sangkar yang nak bebas beterbangan. Aku rasa gembira sebab dah habes belajar. Ye betol, rasa gembira dan tak percaya 3 tahun setengah telah berlalu dengan jayanya, ALHAMDULILLAH. Tapi ayat gembira tu macam over sangat sebab pembelajaran adalah sepanjang hayat.


Apa perasaan sebenar yang boleh digambarkan setelah tidak lagi dibebani dengan keje sekolah, test dan exam, tidak lagi penat kerja ditambah dengan penat ke kelas. Tidak lagi sampai rumah jam 10 malam. Tidak lagi gagal kawal stress. Tidak lagi mengadap buku. Tidak lagi melayan saat, waktu dan ketika bila nak habes belajar ni??, ermm tu lah, macam mana nak ungkapkan perasaan tu ye?.


Sebenarnya belajar tu sangat best..sedar atau tak kita belajar benda @ perkara baru setiap hari. Kalo tak caya meh aku bagi contoh. Paling dekat sekali teknologi lah. selama bertahun ko dengan Microsoft office, pernah tak ko guna semua application yang diprovidekan? Mesti tak kan, ko lebih berminat dengan software yang ade di internet, download dan kemudian belajar macam mana nak guna. Oklah budak muda selalu guna perkatataan explore! explore everything in your life. jadi bukan kah explore need to learn at least the basic things is how to get your directions?.  ok aku merapu ntah ape-ape..bahaha


AH! kalau cakap pasal belajar, dah ade PhD pun tak habes-habes. Cuma apa yang perlu atau sangat penting sekali ialah KETETAPAN HATI! Ye adik-adik, hati tu mesti tetap dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Jangan sesuka hati ko berpaling tadah dan menukar arus. Tetapkan aim dan target ko!. Jangan esok nak pergi terengganu untuk holiday tapi last minute nak pergi Jordan pulak! pelempang dapat tuu!!. Lagi satu hati tu mesti bersih dan ikhlas dalam setiap kerja yang kita lakukan!.




Usaha tangga kejayaannn weehh tapi semuanya bermula dengan hati yang ikhlas bersama dengan tadahan tangan kepada yang maha Esa..