Friday, October 12, 2012

MY FYP


Alhamdulillah, my final project is done!. Akhirnya siap juga dalam keadaan aku sungguh kelam kabut, tergesa-gesa,time office hour buat asemen,.. oh I wish, that time I realize how important buat FYP ni awal-awal!.

STRESS! Sebulan lagi nak hantar FYP, time tu lah baru nk submit questionnaire pada supervisor, 2 weeks to collect the raw data. Then run the SPSS for the result, amek masa seminggu jugak. Kemudian, jangan lupe buat analisis, serta Literature Review kena tambah banyak lagi. Oh lupe! stress bila minimum sheet for FYP is 60! Mati mak nyah nak karang apa dalam FYP tuhh.

Belum lagi STRESS bila tak tahu macam mana nak run ANOVA dalam SPSS. Boleh pulak kompius dengan member tentang hipotesis. H Null tu no significant value between IV and DV. Dah kalo nak buat ujian-t macam mana pulak. Kenapa kena buat ujian ANOVA dan t-Test?. Ha jawabbb???. Dah tu, nak kena karang dalam BI pun stress. Alihnye upah abgGOOGLE translate kan sebab tak boleh fikir dengan rasional, masa dah suntuk sampai kena tempelak dengan supervisor.
“saya tak nak jadi guru bahasa inggeris awak!” WUWUWUWUWUWU!!!!


Sejujurnya dalam tempoh sebulan lebih tu, aku rasa urat-urat kat otak aku ni macam nak putus. Over thinking or overload or over whatever sampai badan-badan effect sekali. Sepanjang 3 minggu akhir tu aku mengalami senak perut yang melampau, sakit kepala yang kita boleh rasa macam ade benda bergerak-gerak kat dahi, tengkuk tegang gile, dan tekak asyik loya nak muntah saja.. nak tahu tak? Perasaan nak muntah tu sangat lah tension sebab nak muntah tapi tak ape yang nak dimuntahkann. STRESS TAK?? Pitam-pitam-pitam-pitam…

Tapi sejujurnya aku bersyukur dapat SUPERVISOR yang sangat COOL! He is so..so.. so.. relax! Ha itu lah aku bule ungkapkan. Everytime jumpe die tak sampai 10 minit. He just said, ok, orait, hmmm.. smpai aku jadi naik heran, member yang lain jumpe supervisor smpai 40 minit. Akunye masa paling lama pun 13 minit ! T_T (dia tak suka jumpe aku ke?)

At the end, my supervisor said.
“best tak buat research?”
“honestly sangat seronok Dr. tapi itulah limited of time kan. Kot tak mesti lagi baik saya boleh buat”.
Smile. “sebenarnya saya nak u discover and explore sendiri mcm mana buat research ni. U tahu nanti mcm mana nk buat research bile sambung master and phD. I am just guide. Kalo saya bagi sume nanti tak best pulak”.
Smile balik. 
Haaa??? Tapi tak pelah, janji saya dapat A utk FYP. *dalam hati aku je tu*

Kali terakhir jumpe supervisor aku tunjukkan result ANOVA analisis aku dan die kata hmmm.. tak sampai satu minit je. Tu kire dia kata betul lah, kemudian aku terus sambung buat FYP, bermalam-malam duk kat libarary. Lagi 3 hari kot nak hantar tak silap aku. STESS GILE mase tu. Tidur tak cukup, rehat pun tak cukup tapi makan banyak pulak. Tapi aku harus gagahkan diri sendiri. Jangan pengsan dulu. Jangan mengalah dulu. Jangan stress, jangan mengamuk, control=control=control. Lagi sedikit je nak siap ni. insyaALLAH semua ok. pelbagai motivasi aku taburkan pada diri sendiri bile nk siapkan FYP nih. Tu belum masuk dengan asemen-asemen sampingan. *pengsan*

Tapi bila dah hantar FYP nih, satu perasaan lega timbul apabila satu beban dah tak digalas. Bila dah hantar tu dah tak fikir ape lagi. tapi kekadang terfikir juga macam nak buat lagi je, ade je nak diperbetulkan. Whatever it is, I've done my best and best effort untuk siapkan FYP nih... satu kenangan yang sangat manis dalam hidup aku..





Thursday, July 12, 2012

Kadang-kadang


Kadang-kadang aku terlupa
Yang aku ni hamba Allah
Yang wajib melakukan apa yang disuruh

Kadang-kadang aku terlupa
Yang gelak tawa aku ni bukan selamanya
Bahawa episode sedih akan datang juga

Kadang-kadang aku terlupa
Untuk apa pedulikan orang lain
Sedangkan diri sendiri tak kisah pun

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa untuk mengelak dari melanggar anak burung dan katak
Aku sedang berada di selekoh tajam

Kadang-kadang aku terlupa
Demi kebahagian diri sendiri
Orang lain terpaksa berkorban kepentingan diri

Kadang-kadang aku terlupa
Mendengar zikir adalah jauh lebih baik
Dari mencari lirik lagu korea

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa sikap tamak
Hanya merugikan diri sendiri

Kadang-kadang aku terlupa
Ada beza antara keperluan, kepentingan
Dan kemahuan

Kadang-kadang aku lupa
Ikut kata hati tanpa akal
Ibarat ikut jalan yang tiada penghujungnya

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa rezeki ada di mana-mana
Apabila aku keresahan tentang duit belanja

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa jodoh telah ditentukan
Sedangkan aku sibuk mencari putera idaman

Kadang-kadang aku terlupa
Untuk memaafkan apabila sakit di hati
Sedangkan agamaku suruh mengeratkan silaturahim

Kadang-kadang aku terlupa
Untuk marah diri sendiri
Apabila leka dengan bisikan iblis

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa mati itu dekat sekali
Walaupun hari ni mata terbuka luas

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa sesungguhnya masa itu tidak menunggu





Tuesday, June 26, 2012

bila dah dewasa ni..

I am 24 years old! Wow, perfect age to have a tiny happy family in bracket get married la tuw..



Isunya sekarang ni ialah pembuatan keputusan. Masa kita kecik-kecik dulu, walaupun keputusan yang kita buat dirasakan adalah terbaik untuk diri sendiri tetapi pasti akan ada campur tangan dari pihak keluarga terutama dari emak dan ayah. Jadi keputusan kita masa kecik bukanlah yang terbaik. Gitew ke?



Tetapi adakah orang dewasa ini bersedia untuk menanggung akibat daripada keputusan yang telah dicapai? Wow! You sound like a boss!



Ada beberapa keputusan yang aku buat, yang aku rasa aku menyesal T_T. kekadang tu aku rasa akal aku ni tak cukup lagi untuk membuat keputusan walaupun sebesar zarah. Kekadang aku rasa yang aku ni masih ingin bergantung kepada emak dan ayah untuk mempunyai masa depan yang lebih cerah.. what the??



It always comes about money! Itu keputusan nombor satu yang orang dewasa selalu hadapi. Macam aku lah, bila duit banyak, aku rajin menyimpan, bila duit sikit, rajin plak aku bershoping sakan. Tetiba plak time duit sikit banyak plak barang aku xde kan, nafsu over betul! Yang seronok budak kecik, ‘budak-budak tak boleh main duit jadi orang dewasa yang simpankan’. Lalu apabila abangala lalu dengan loceng eskrim.. ‘acik—acikkk,, makk-makkk.. nak eskrim smpai 4. Duit ade tadi kan’!. Ha amek ko!!    



Second is decision in your life. Hah! Ini semua orang terlibat, tak kira budak kecik, remaja, warga emas ke tetapi orang dewasa paling banyak buat keputusan sehingga migraine menyerang di sebelah otak kanan. Keputusan nak bekerja, keputusan nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Keputusan nak kahwin. Keputusan nak beli S2 atau keputusan simpan duit nak berjoli di KK? Which one is more important? 


 
Lumrah kehidupan, kekadang kita rasa menyesal, kekadang kita rasa bangga dengan keputusan kita dan kekadang kita rasa bersyukur dengan keputusan yang telah kita lakukan. Apa-pun, jangan biarkan anasir jahat mempengaruhi pembuatan keputusan. Selalu pergi suci hati ok! 


note kecil ku: silap buat keputusan? it's ok..as long nyawa, harga diri dan agama ko tak tergadai.. Simply mistakes because you are in learning process to make a big decisions. Allah kan ada.. =)