Friday, December 24, 2010

Sila Habiskan!!



aku demam! (cukup dengan selsema, sakit tekak, batuk dan lenguh sendi) bermula semalam..dr officemate aku yg demam tapi tak reti nak apply sick leave! alihkan berjangkit lah dengan yang lain termasuk aku..

jadi pergilah jumpa doktor bila suhu badan ni dah mencapai 37.1.. doktor pun periksa lah..kemudian bekalkan aku ubat-ubatan



ni ubat dari PK.. jumlah semua ialah 5.. MA pesan, kalau tak dapat MC jgn makan ubat batuk ni, sebab ubat batuk sangat kuat-boleh mengantuk.. hmm yelah,

aku tak makan pun - makan ubat selsema je.. tapi tak berubah baik juga.. lagi kritikal ada.. kepala dah start weng-weng-weng.. lagi pula sakit hati sebab boleh doktor tu TAK bagi aku MC!! kedekut betul..



kemudian malam semalam ada hati nak tgk wayang - cerita hantu mak limah balik rumah. aku dengan syokknya nak pergi walaupun kritikal ni! siap prepare sweater dengan stokin lagi nak bawa masuk tapi apakan daya.. SOLD OUT!!!

atas sebab itu dan beberapa sebab yang lain aku pergi ke klinik lee.. ini pula ubat yang dia bagi


aku minta ubat batuk dalam bentuk pill..doktor pun bagi.. dan siap siap pesan,
SILA HABISKAN ubat terutama antibiotik.. hehe.. baik doktor


banyak tak ubat yang nak kena makan?? banyak kan..supaya cepat sembuh, dua tempat tu pergi. tapi sebenarnya aku nak SICK CERTIFICATE je--ubat tu nanti jadi hiasan saja.. hahaha (tak dapat kat PK, aku pergi ke Klinik LEE - isnin aku claim balik kos ubat)

yezzzaaaa.. :p