Wednesday, December 8, 2010

lambat demam

lambat demam bands korea.. haha.. rasanya fenomena bands korea terutama band lelaki ni dah semakin hebat dekat Malaysia(dah lama bertapak pun, saya je yang baru nak merangkak). saya ni mulanya tak lah kisah sangat dengan korea band, nak lagi dengan lagu, cerita drama, serta movie. talkshow pun tak tahu -->> wah, macam dah tahu je.. :p, dulu winter sonata pun tak ikut

so..I admit! ye, saya mengaku yang sekarang ni saya dah dengar lagu-lagu bands korea. tapi saya tak lagi ketagih sangat sampai kalau diorang datang Negara ni, saya akan beli tiket dan menghadirkan diri. NO-NO-NO!!

terjadinya pengaruh lagu korea terhadap diri saya ni bermula setahun yang lepas.. bukan dari ajakan sesiapa tetapi bermula dari sebuah bands korea yang dikenali sebagai TVXQ juga DBSK juga Tohoshinki.. wahhh.. banyak je tahu ni.. hehe ( I LOVE THIS BAND)

mulanya dengar lagu-lagu DBSK dari channel V. One hour just play all DBSK song!..tapi masa tu tak kisahnya sangat. dengar sangat pun tak. ye lah, bukan faham pun apa yang diaorang nyanyikan, buatnya nyanyi tentang tuhan mereka.. tak ke kita dah terr.... minta dijauhkann!!

jadi masa tu layan je lah..memang tak amik port pun sehingga tiga hari lepas tu dengan tak sengaja ternyanyi satu lagu diaorang.. hehe.. alamak, teraddict dah ni.. jadi dekat situ saya mulanya search tentang band tersebut. bila ditubuhkan, berapa banyak album single diaorang, search pasal life diaorng, dan biasanya akan TERjatuh hati.. wahaha.. poyo je aku ni..

dengan rasminya saya dah jadi one of the fans. semua lagu deme saya dengar dan ada yang saya hafal..(bahasa hoghul tu..).. dan one of the member, make me fallen.. wekksss!! poyo lagi aku ni! siap burn lagu-lagu dalam cd dok dengar time drive.. hehe (Sah! dah demam)


5 orang iaitu Yunho, ChangMin, Xiah, JeJong dan Micky (kacakks saja)

tapi sayang.. team ni dah dibubarkan. cuma 3 orang saja yang teruskan dengan bawah syarikat pengurusan yang lain..tinggal Jejong, Yochun (Micky) dan Junsu (Xiah) saje. -JYJ-
:( actually 5 is better then 3..

DBSK ada saingan dulu.. iaitu SUJU atau Super Junior. 3rd single suju tak berapa menarik perhatian saya. lagu Sorry-Sorry-Sorry tak berjaya menambat hati saya.. wahaha.. dan terlalu ramai ahli kumpulan.. TETAPI sejak terdengar lagu No Other - dari album yang ke 4 Suju ni..wahhh terpikat aku.. (tambah poyo lagi!)

chop!! chop!! saya bukan lah fans suju ya.. sebab saya tak ambil tahu sangat pun. tapi ada ahli diaorang buat saya jatuh hati.. wawawa..terpikat tau dengan senyuman dia.. wahaha..so saya fans Lee Dong Hae (Suju Member) :p



ni lah donghae a.k.a fishy.. jatuh hati lagi.. wawawa..

tak tahu lah kenapa boleh terminat dengan donghae ni, mungkin sebab innocent face dia kot.. jadi bila dah minat dekat dia ni, dengan tidak semena saya mula mendengar lagu-lagu band korea, drama, variety show, love, girls, and so on.. dan mula simpan video klip yang saya minat..sebab bila kita dah tengok satu, kita akan tertarik nak tengok yang lain! dan mula lah kenal dengan band yang lain seperti 2PM, Kara, SHINee, FT Island, SNSD, dan banyak lagi lah..

harap tak lah teruk sangat 'demam' ni.. sebab saya masih suka menyanyi lagu melayu dan lagu inggeris. tak mau.. TAK MAU.. tak mau terlalu obsess dengan diaorang.. sikit-sikit ambil info boleh lah :)


::tulis entry ni sambil dengan lagu dari 2PM - without u.. lalala