Tuesday, February 22, 2011

si SAKIT MATA



Genap seminggu aku sakit mata! Akibat jangkitan konjungtivitis ke ape tah..bahasa perubatan, pelik bebenor nye


Seroiously aku bagitahu memang azab :


1. Mata aku lebam! Dua-dua mata lebam..macam menangis seribu tahun lebamnya

· 2. Akibat air mata yang mengalir tanpa henti itu, aku jadi sakit kepala

· 3. Penglihatan aku kabur, semua jadi berganda ( air mata duk bertakung dalam kelopak)

· 4. Paling stress bila sujud, aku terasa dua biji mata aku ni nak tercabut dan menahan sakit di dahi!

· 5. Dan yang buat aku agak hangin ialah bila bangun tido, bulu mata atas dan bulu mata bawah bergabung...deme bole melekat dek terkana 'gam kuning'., jadi aku tak boleh nak buka mata la! Dan ianya sangat sakittt bila nak pisahkan buka mata . SubhanALLAH.. dan ada aku terfikir tak nak tidur sebab memikirkan kesakitan bila buka mata nanti.


Dan buat aku teruji ialah, aku hadapi sakit mata ni time minggu final exam.. aku redah juga bila aku kabur semasa memandu..Aku tawakal saja pada keputusan aku nanti sebab aku akui aku tak dapat study dengan baik – pandangan aku jadi kabur dan the worst part, aku tak boleh baca soalan peperiksaan. Line jadi double! so aku taram je!! :(


YE betul, memang aku kena baca soalan banyak kali.. bila aku rapatkan kertas soalan, tulisan tu Nampak kabur..kalau aku jauhkan kertas soalan lagilah kabur.. dan biasalah, time tengah perah otak.. time tu juga air mata menitis dengan sendiri.. tapi tak ape aku sabar..

Jadi bila aku g juga jawab exam, aku tak berniat nak bawa virus sakit mata aku ni kepada kawan-kawan aku dalam kelas..sebab sangat seksa tau, kesian diorang nanti.. dan masa ni aku sangat menginsafi diri sebab bila deria melihat kita rendah, kita juga rasa rendah diri. Aku pernah rasa apa perasaan bila x dapat melihat dan aku sangat bersyukur pada ALLAH sebab aku dapat merasa nikmatnya yang ini..

Kawan-kawan terkejut lah tengok mata aku yang lebam, sembam dan merah itu.. ade yang ingat aku menangis gila-gila, tapi ramai yang kasihan àlove them!! Tp bestnye lect aku..

“u sakit mata ya! Kesian..ok xpe..cepat-cepat jawab lepas tu bole cepat-cepat balik”..

hehe –yelah Dr. Kalo sy dapat jwb soalan anda ini..saya baliklah

“ushh sakit mata! Ni mesti banyak buat latihan statistic!" Haha


Semestinya nasihat yang diberikan ialah jumpe expert dan pakai spek mata itam! JADI bila dah kena pakai spek itam, mesti kena dengan gaya sekali!





mata aku yang semakin mengecil! si elisa yg muka bahagia sebab azab dia dah lepas!!






besau tak spek aku!! aku segan mulanya nak pakai..haha macam mata belalang
time ni nak jumpe doktor pakar mata..







si kenit ni pun tak nak terlepas peluang ok!!

but she so cutteeeee!!! citam acik ni... ngehhh



dan keputusannya aku dapat MC satu minggu, kemudian follow up balik dengan doktor pakar tersebut.. tell you lah kan ubat doktor pakar ni sangat SAKITTT bila letakkk...



**aku harap sakit mata ni cepat sembuh dan kawan-kawan aku tak kena.. family aku??? sume kena dah... hehe


jadi korang jaga dan sayangi mata korang ok!