Friday, March 11, 2011

kita hendaklah




Assalammualaikum .. di hari Jumaat yang mulia ni aku terasa ingin memberi taksirah percuma dari sudut pandangan aku, tapi malangnya aku tidak dijemput dan dipelawa ke mana-mana wacana atau ceramah walaupun aku tidak kenakan bayaran apa-apa.. air mineral pun aku boleh buwa sendiri :p

Ok, xpe..mari kita mula.. Sebagai umat manusia di Bumi Allah yang hanya sementara Dan DIKONGSI bersama dengan hamba-hamba ALLAH yang lain, kita hendaklah :


1. Sentiasa berperangsangka baik

Perkara yang satu ni kena selalu diamalkan. hendaknya pula kita ni hidup bermasyarat dan tingal dalam kelompok. Tapi ingin diperkatakan di sini, kita jangan lah cepat membuat keputusan atau menyuarakan satu pendapat yang tidak pasti tentang seseorang sebab kelak bila kita tgh dok bercakap cakap sambil tak pandang kiri dan kanan..tup tup terfitnah, haa kn da tambah satu dosa. Lagipun kita tak merasa situasi yang sedang mereka lalui..jadi jangan lah kita berfikir bukan-bukan seterusnya menjadikan satu tindakan yang tidak sihat seperti, seperti bawa cerita yang bukan-bukan..


2. Sentiasa menjaga adab

Hendak pula perempuan kan.. ushh adab tu sgt penting. Kalau adab tahap teruk, mak mertua piker dua ke tiga kali lah nak buat menantu.. lagi pula adab kita dengan orang tua.. tak kisah lah pangkat kita lagi tinggi, kitanya orang bawahan tu pula pakcik-pakcik..kita jangan lah nak tunjuk power kita dengan sesuka hati menjerit menengking dia.. dia bukan budak-budak tau.. dia tu dlm 2 tahun je lagi nak pencen..ada rezeki pergi haji, kang dia xnk doakan utk kite sekali, ha mcm mana??


3. Sentiasa memberi sedekah, sedekah paling mudah ialah senyuman

Jangan lah datang keje muka ketat je.. masuk opis tu bgi lah salam dengan senyuman.. org nk jumpe kita, kita maniskan lah muka tu.. tahu lah tgh bendera merah, tapi senyum pun susah ke. .tapi kekadang kan kita ni sibuk..terlupa nak senyum, sedangkan sebenarnya hati kita ni baik kan.. oleh itu orang sekeliling kena rujuk pada point no 1. Oh ya jangan lupa bersedekah atau istilah lain bayar zakat.


4. Sentiasa mengamalkan zikir

Yang ni WAJIB..kalau dah selalu dengar lagu-lagu yg bukan-bukan tu, apa kata sekali sekala dgr Zikir atau bacaan AL Quran.. (selalu nya aku buka Surah Yassin masa nak tidur)..


5. Sentiasa bermaafan

Dengarlah, kita sebenarnya selalu diziarah oleh malaikat Izrail, Cuma kita belum dijemput saja..jadi tidak terdetik kah hati anda untuk memaafkan semasa insane? Walau besar mana pun kesalahan orang tu, maafkan lah.. mungkin kita susah nk maafkan sbb masih tgh hot kn..tapi tak ape lah kalau terlambat memaafkan, janji kita memaafkan.. sebab maaf adalah dendam terindah dalam hidup ini..




sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini.. kita adalah hamba yang lemah dan setiap yang baik itu datang dari ALLAH dan setiap yang buruk itu datang dari diri saya yang naif,,