Wednesday, August 3, 2011

berdua bersatu

by forteen


c/0

Jika denganmu salah, Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah, biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai, Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur, Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut, Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut, Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu




sebenarnya, ini adalah antara lagu yg pertama kali aku dgr aku TERUS suka.. nice melody, nice lyric, nice tone..semuanya nice la..



tapi bila aku dok selidik balik lirik lagunye, aku tenung lama-lama liriknya, aku analisa balik maksud disebalik liriknya.. aku dapati lagu ni sebenarnya adalah lagu nekad! walaupun byk halangan dan dugaan dia tetap ingin bersama dgn si jantung hati..



kire bagus la tu kan, cuma hati aku terdetik, ade ke lagi lelaki sehebat itu? bole ke dia mengemgam janji dan seterusnya mencari keredhaan ALLAH.. aku sekarang ni terus kpd point je.. kalo nk kawan, ckp je nk kawan, kalo nk buat jadi isteri, ckp je.. senang kan.. x yah la si pempuan bermain teka-teki.. aku pun boleh la siapkan diri aku dengan seadanya.. 



so bulan puasa kali ni, aku xde kelas malam.. hari isnin n selasa sahaja.. tp aku ade di nilai, jd peluang nk ke terawih tu mcm susah sikit sbb elis ni jenis budak CEKIK DARAH.. elis ni senang sgt tdonya, kang buat tdo kat masjid tak ke naya aku dan akak aku nk mengangkat.. da la susah nk kejutkan.. menyampah betul aku!.. ok la, perangai dia yg tu masih bole di maafkan lagi tapi kot die merengek, menangis, melalak dan paling penting MENJERIT nak balik! tak ke haru aku dan akak aku dibuatnya!!



jadi harapan utk ke terawih hanya di kg saja.. itupun pada mlm jumaat, mlm sabtu n malam ahad! dan malangnya, aku ade kelas pada sabtu dan ahad pagi..bayangkan, pada jumaat petang aku balik kg dan pada sabtu pagi aku ade kelas-kemudian lepas kelas aku pasti akan balik kg semula, namun pada hari ahad pagi aku harus ke serdang balik sbb aku ada kelas kol 10 pagi, dn lepas kelas aku akan balik kg balik.. kemudian malam tu balik nilai balik..itulah rutin aku utk bulan puasa kali ni.. fuhh! kawan kata mcm membazir duit minyak n tol saje!



tp bg aku pula dah kalo itu harga yg perlu dibayar utk berbuka bersama dgn mak n ayah, itu peluang utk aku berterawih dgn mereka di surau depan rumah aku.. AKU SANGGUP!! xde perkara yg lebih bernilai dr kasih syg keluarga dan bulan mulia ni aku mencari keredhaan mak ayah aku utk mendapat keredhaan ALLAH.. perjalanan hidup aku masih jauh lagi, dan aku tak mahu mempunyai hati yg tak tegar, hati yg tak kuat, aku tak nak mempunyai hati yg x reti bersyukur! aku tak mahu hati yg tahu merungut saja! aku tak mahu itu! 



kite ni dah besar, akal kite dah bole fikir jauh dari apa yg kita sangkakan.. jgn stress sebab ALLAH sentiasa kurniakan kita jalan untuk menyelesaikannya! pokok pangkal diri sendiri! 



..belajar bersyukur dahulu baru belajar yg lain..