Wednesday, November 16, 2011

'kuasa emak'

orang cakap bila da melewati umur 21 tahun, kita akan dapat kunci kebebesan di mana ikut sukati ko lah nak kemana kan. sebahagian wanita menunggu saat ini kerana saat ini terasa dirinya sudah besar, sudah buleh buat keputusan dengan sendiri dan yang paling penting buleh keluar rumah makbapak kau dengan sewenangnya..


berbeza dengan aku. walaupun telah mencapai pemikiran matang, aku masih meminta izin emak kalau hendak ke mana pun. kekadang nak ke pekan pun aku akan minta izin walaupun aku buleh je ambil kunci dan inform die nak keluar. tapi aku masih lagi beritahu emak dengan meminta izin pada dia 'boleh tak mak?'. 

perhatian penting = inform dan meminta izin adelah dua maksud yang berbeza.. jangan cepat terpedaya!

walaupun kekadang emak akan berkerut kening untuk memberi keizinannya.. emak akan tanya dulu, 'nak buat ape? nak beli ape? nak jumpe siapa?  dan ayat-ayat lain yang seangkatann dengannya. tapi sebab aku dah matang kan, jadi aku akan mempengaruhi keputusan emak aku.. kekeke.. so dapat la aku keluar..


itulah aku! aku tak kan kemana selagi aku tak beritahu emak aku. dan sejujurnya emak aku tak kan benarkan anak gadisnya kemana yang disukai. tambahan dengan kawan lelaki. lagi emak tak berapa nak beri keizinan. tak berapa ok!


dulu ayat emak, 'tak payah la keluar, dok umah je'.. tapi sekarang ni emak bagi je kalau aku nk keluar dekat2 itupun kalau dengan akak2 aku la.. kekeke.. 


tetapi emak amat susah nk lepaskan aku keluar dari negeri sembilan. kalau hal tersebut tak penting, jangan harap emak nak bagi. contoh terdekat nak pergi weeding kawan kat JB.. EMAK CAKAP TAK PAYAH PERGI.. baik mak.. 


dan yang terbaru ni, aku teringin sangat nak pergi weeding kawan kan Perak. bila tanya emak, emak berbelah bagi nak bagi ke tak. kang tak bagi, aku merajuk.. kalo bagi, risaukan hati pulak. yelah, emak sangat melindungi anak gadisnya ok!


bila emak macam tak nak bagi tu.. aku pun cakaplah.. 'kalau emak tak bagi, aku tak pergi. tak apa'. (dalam hati sebab dah biasa walaupun jiwa remaja aku pernah memberontak satu ketika dulu). sebab aku berfikir, perjalanan aku tak kan selamat jika aku tak dapat restu dari mak aku. itu yang penting.


jadi aku harus redha tak dapat pergi weeding kawan aku kat perak minggu ni walaupun telah menggunakan nama-nama besar sebab suara emak memang kedengaran risau bila mendengar permohonan aku nak ke sana. sebagai anak yang dambakan restu dan keredhaan emaknya, aku akur! tak pernah pula terdetak dalam hati untuk lawan ke apa.. sebab aku tahu, EMAK SELALU TAHU YANG TERBAIK UNTUK ANAKNYA..


kuasa emak masih mempengaruhi keputusan dan tindakan aku dalam hidup dan sedikit sebanyak menjadikan aku insan yang lebih positif, dan yang penting..aku sentiasa dalam keadaan 'selamat'.. 








ALL I AM, ALL I HOPE EVER TO BE,
I OWE TO MY LOVELY MOTHER.