Tuesday, November 8, 2011

It is so cold


Dalam hidup kita selalu diberi pilihan. Jadi terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat pilihan. Pilihan nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi atau lebih utamakan kehendak kehidupan iaitu kumpul harta dan seterusnya berkahwin. Tapi sebenarnya selepas berkahwin pun boleh sambung belajar bersyarat mendapat keizinan suami.


Kenapa aku kena perlu sambung belajar? Tak cukup dengan segulung ijazah? Adakah kehendak market perkerjaan sekarang ni yang memerlukan graduan memiliki ijazah lanjutan baru dijanjikan peluang pekerjaan yang baik? Bagaimana pula dengan golongan bawahan yang tidak berpeluang/mampu menyambung pelajaran. Bagi aku itu adalah subjektif.


Yang penting dalam kehidupan ini ialah usaha. Pepatah ada mengatakan usaha tangga kejayaan. Tinggi mana pun tangga tersebut, jika kita berusaha bersungguh untuk mendaki samada merangkak, berjalan atau berlari, kita pasti akan berjaya sampai juga. Menyiarap tak boleh la sebab tak pernah pula aku dengar naik tangga pakai perut.


Jika kau gemgam tangan ini, ianya sangat sejuk (sebab dah berejam dok dlm bilik air-cond).. bukan lah. Sejuk itu perumpaan aku untuk tidak mampu mengalirkan rasa hangat asmara kepada orang lain. Kahkahkah..aku sendiri naik geli bila baca balik tapi aku tak kan backspace kan ayat aku sebab aku dah taip jadi usahlah dipertikaikan masalah bahasa aku..

 
Kekadang aku tak mampu nak buat pilihan diantara pilihan yang ada. Bukan sebab tamak atau dalam hati berkata aku layak untuk dua-dua pilihan itu Cuma aku dalam my own comfort zone. Jadi aku tak tergerak pun nak buat pilihan. Sedih kan, ilusi dengan diri sendiri.  


Yang pasti ialah bila kita dibelungu rasa tidak pasti atau tidak yakin samada pilihan kita tepat atau tidak, ishtikarah adalah jawapan yang paling mujarab sekali. Lebih mujarab dari pati minyak halia yang diletak di perut untuk mengurangkan lemak yang ada.. tettt sudah mula lari tajuk asal.


Tapi masalah aku ialah aku tak tergerak nak buat ishtikarah langsung. T_T. aku tak mahu memilih lagi sekarang ni. Sebab aku takut, aku takut untuk alami kegagalan lagi sekali. Tapi bukankah kegagalan adalah sahabat baik dengan manusia sama seperti syaitan yang telah berjanji akan mendampingi manusia sehingga ke ahirnya. Fikirkan lah..


Oleh itu jalan terbaik ialah aku berdoa supaya dibukakan pintu hatiku. Ya! Itu yang sepatutnya terlebih dahulu dilakukan. Biar pintu hatiku yang selama ini tertutup rapat dan berantai kunci terbuka dengan izinNYA.. sebab kunci tersebut telah hilang -_-


Semoga kita semasa manusia ini memiliki hati yang bersih, suam, dan sentiasa bersyukur dengan anugerahNYA.. sebab setiap perkara yang terjadi dalam dunia ini, ianya selalu bermula dengan hati..