Thursday, November 3, 2011

si amatur yg tak berapa cerdik


::entry ini mengambil masa dua hari untuk disiapkan::


Selalu bila aku stress aku g jenjalan..hirup udara yg tak berapa nk segar skang ni, jln-jln kat taman, tengok hujan yg lebat— tp kalo hujan petir aku lari tidur dulu. Layan cerita katun ke, cerita kelakar atau cerita yg tak perlukan tahap IQ yang tinggi. Sesungguhnya aku sungguh berasa sangat lega bila tgk cerita wipe out dan variety show korea tp kena ada subtitle.!. kalau tgk diorg gelak tapi aku tak paham dan tak dpt nk gelak xde gunanya jugak!.  Tapi serius, aku mmg suka sgt dengan dua rancangan tu sekarang ni. Terapi otak ok!



Tapi skang ni selalu hujan..jadi tak buleh jenjalan, sebab kalo demam tak de sape nk jaga. Emak kat kg, jadi aku kena cekal bila dengan tak sengaja main air hujan asid wo. Pastu kalo hujan xley online. Ternet lagi lembap dari siput. Kalau awan hitam berarak,dah tak dapat signal dari measat, jadi astro dah tak bule buka jadi apa daa bule buat..





Aku buat ape lagi.. aku main masak-masak la..dan kena pula dengan masa aku jadi ‘miskin’ ni (-_-')




sejak aku 'miskin' baru la aku nk memasak sendiri. tak pernah baki akaun bank tinggal banyak tu.. serius berbelanja tak hengat!!!.. jadi untuk 'saving' aku masak for my own dinner.. plus ngn elis and akak aku skali la.. jadi aku terasa baik hati hendak buat something special..wakaka..



tak lah..masa aku goreng telur dadar si budak elis tu, aku teringin plak nk buat ayam bakar mayonis..so aku pun berfikir lah ramuan dan bahannya dan hari yg aku buleh masak sementellah bila aku kelas malam, aku mmg tak berupaya memasak kat rumah akak aku dan bila balik kg tiada masakan yg lebih hebat dari masakan emak aku!!.. kih kih kih (gelak anak dara yg sopan)



jadi aku bertekad nk perap ayam lah malam sebelumnya sbb balik kerja nk perap ayam..lepas tu nk bakar mmg la tak sempat.. jadi dalam pukul 945 malam aku trun ke dapur menyediakan ramuannya..




lesung batu atas meja ~ cool kan





hiris, tumbuk, potong-potong dan kacau bilau akhirnya siap lah sos perapnya yg baunya semerbak satu rumah..








tapi ini yang cerdiknya.. ayam beku beb.. mcm mana nk perap?? itulah cerdiknya.. time maghrib xnk keluarkan ayam tu..padan muka aku.. 









pukul 10 baru nak keluarkan ayam dari freezer.. bape jam aku nk tunggu nih!.. aku taruk air panas banyak-banyak. asal air panas tu dah sejuk aku tukar air panas yg lain.. siap dalam plastik pun aku taruk air panas nak kasi ayam ni unfreeze.. aku dah ngantok, tak larat nk tngu smpai lewat malam der..



tapi apa bule buat..ayam itu sungguh tegar dan bersatu padu diantara satu sama lain.. jadi aku kena la tunggu juga sampai mereka semua itu bercerai berai.. so aku layan la tv dulu..aku berharap sgt Greys Anatomy dah mula siri baru tapi hampa hatiku.. jadi aku layan 8tv.. 






salena gomez berlakon.. xde la hebat sgt dia belakon tp heronya hensem bangat seh.. dia org menari pun best.. jalan cerita pun best.. aku je yg x tgk lagi cerita ni rupenye.. kesian..



habes je cerita tu terus aku ke dapur dengan harapan ayam beku tu dah boleh diperap.. tapi dengan cuaca sejuk tak mahunye ayam tu berkompromi dengan aku, tapi aku berjaya juga pisahkan diorang.. haha...






ok..dah siap perap.. masuk freeze utk dimasak esok petang.. lagi lama kita perap ayam tu lagi sedap, cayelah.. tapi aku lupa nk tutup bekas perap ayam ni.. pelupa juga aku ni... so aku tunggu hari esok utk kasi makan elysa, akak aku dan diri sendiri.. tak sabar rasanya..



----------------------------------------------------------------------------------------------------



esoknye balik je dari keje terus aku merehatkan diri.. bukan terus bakar ayam.. aku penat juga wei.. tersangguk-sangguk aku bawa kereta tadi.. dalam 615 baru aku mula bakar ayam.. 



baunye mmg tak hengat la kan.. delicious sgt.. bau dia wangi beb.. kembang aku sekejap..hahaha.. aku perlahan kan api gas dan aku tunggu la sehingga ayam ni keperangan bermaksud dah empuk n masak.. 





banyak ni je aku masak sebab 3 orang makan.. kalau buat lebih xde sape nk makan dah membazir dah menjadi amalan syaitan dan dah menjadi kemarahan Tuhan.. =p



balik je akak aku, aku dah siap kemas, aku dah masak nasi dah goreng telur dadar kegemaran elis. telur dadar gred A memang best! gebu gile telur dadar aku bila dah masak.. jadi nanti beli telur gred A ok!



part yg paling aku terkejut ialah :- selalu elis bila balik terus tdo kat sofa, nak kejutkan dia mmg payah, TAPI tadi dia dah baring, bila terbau bau ayam bakar aku ni terus berjalan ke dapur "wanggiii nyeee"...



perghhh seronok betul hati aku.. yang paling penting dpt pujian sedap dari akak aku.. =) sebenarnya aku rasa seronok sgt tgk diorg makan. aku happy, aku tak sedih dan stress dgn masalah aku..hilang sekejap semua yang sarat di hati.. 



tapi bila fikir balik tadi kan, 



[aku balik kerja ke terus pung-pang-pung-pang kat dapur masak utk makan malam, kemudian suami balik dari tempat kerja bersama dengan anak yg pulang dari sekolah agama/tusyen/kelas bahasa cina atau apa-apa aktiviti yg berfaedah. usai maghrib makan malam bersama..waaaaa bessttnyee]




Don’t let the bastards get you down. 
TURN IT AROUND WITH ANOTHER AROUND





ending terus lari dengan tajuk entry (-_-')