punca anda stress :
BILA PERKARA YANG ANDA INGINKAN SANGAT, ANDA TAK DAPAT!
DAN JUGA, BILA ANDA TAK NAK PUN PERKARA TERSEBUT, TAPI ANDA DAPAT! ohsem
betul tak? betul kan? bila sesuatu kejadian atau benda tu berlaku di luar kawalan kita seperti di atas, pastinya kepala kite akan berdenyut dengan kuat, tak pun sakit belakang ibarat tulang nak patah mahupun kemarahan yang tidak dikawal. sebenarnya terpulang pada anda bagaimana situasi anda di dalam stress.. i dont care!
well, setelah aku menghadiri kursus pengurusan stress atau dikenali sebagai life balance selama dua hari dengan makan pagi, tengah hari dan petang ditaja, aku berasa sungguh seronok dan semakin pandai mengurus stress aku! wah gitu ayat.. seriously i felt much better and Alhamdulillah i can erase,eh actually not erase, but handle the problem with my own way.. ohsem!
neway, ada beberapa notes nak aku taipkan.. yang sememanganya membantu aku dalam mengendalikan stress aku. well, pasti ayat yang diboldkan di atas menjadi punca kita dalam masalah. so aku amalkan beberapa perkara yang diajar oleh pegawai psikologi! hah amek ko, pegawai psikologi ok! tapi serius beb, kalo ko rasa sakit jiwa terlampau, jangan lah malu berjumpa dengan pegawai psikologi atau bahasa indah sikit, kaunselor.
perkara pertama yang kita kena ingat bila kita ditimpa musibah atau masalah ialah : kita sepatutnya cakap.. Alhamdulillah telah sampai janji Allah!.. sesungguhnya umat Islam yang waras, dia akan berfikir begini kerana sudah tertulis bahagian kita sejak kita dalam perut mak lagi. jadi kita perlu berasa bersyukur kerana kita telah didatangani musibah sebab cepat atau lambat kita tetap akan ada masalah. lagipun sebenarnya Allah tu maha penyayang. DIA uji kita sebab dia nak beri kita yang lebih baik dan dia tak akan uji lebih dari kemampuan kita. percayalah!
perkara kedua : buat apa nak serabutkan otak? ambil sekeping kertas A4 putih, ceraikan kepada 8 keping kemudian tulis perkara-perkara yang buatkan anda stress! tulis besar-besar key point nye. contoh-contoh tau.. BOS! DUIT! KAWAN! KERJA! itu semua tulis dalam kertas A4 yang dah dibahagi lapan tersebut. kemudian, ambil kertas tu, tengok betul-betul dan buat lah apa yang anda suka.. kemudian tampal kat dindang! tengok berapa lama kertas tu tertampal. selagi anda tak dpt control punca anda stress, JANGAN TANGGALKAN!
perkara ketiga : sebenarnya semua masalah ni berpunca dari dalam diri kita sendiri. IYA! mengaku jelah kita yang punca kepala kita sakit, jiwa kita memberontak. CUBA jangan salahkan orang sekeliling atau persekitaran. sebab apa? sebab bukan diorang yang kawal pemikiran kita. mereka itu ibarat SETAN yang sentiasa merosokkan jiwa. jadi ambilah pendekatan seperti :
perkara ketiga : sebenarnya semua masalah ni berpunca dari dalam diri kita sendiri. IYA! mengaku jelah kita yang punca kepala kita sakit, jiwa kita memberontak. CUBA jangan salahkan orang sekeliling atau persekitaran. sebab apa? sebab bukan diorang yang kawal pemikiran kita. mereka itu ibarat SETAN yang sentiasa merosokkan jiwa. jadi ambilah pendekatan seperti :
i. tenang terlebih dahulu/ cool
ii. list kan masalah
iii. kemudian settle kan mana yang terlebih dahulu dan mana yang dalam kemampuan kita
iv. kalau kita tak mampu nk selesaikan, berdoa supaya ada org lain yg tolong selesakan >_<
v. cekal, redha dan tawakal!
insyaAllah masalah akan selesai. yang penting kita usaha untuk selesaikan masalah kita! ada banyak lagi cara utk kila selesaikan stress kita tu. mcm ada orang suka pergi shooping, makan, tidur, dengar muzik, menjerit. itu semua jenis terapi, mcm aku pun ade cara aku sendiri mcm mana aku kawal stress aku.. tetapi apepun, yang penting ialah diri kita sendiri. jadi hindarilah stress yang tak sihat itu!