Alhamdulillah
dah 5 hari kite berpuasa untuk bulan ramadhan 1433H. hari ini akan berbuka
puasa pada hari ke 6 dalam kelas Quality Management which mean this is the last
puasa aku akan merasa sebagai student part-time. Berbuka dalam kelas dengan
duduk bertiga mengadap whiteboard, bila yang kiri nak cakap pada yang kanan
kena melalui si tengah yang sedang berbuka. Oh! I will miss that moment.
Setakat 5
hari berpuasa ini dah 3 bazar ramadhan aku pergi. I hate crowded and pergi bazaar
ramadhan waktu kemuncak adalah satu perkara yang akan aku elak. Aku akan
terpacak pukul 3.30 depan pintu bazaar tu. I am the first buyer! Hahaha
Tapi itu
dalam mimpi aku je la bro. nan-hado lah nak terpacak pukul 3.30 petang dengan
matahari yang tengah panas terik, buleh pulak time tu teringin nak pakai tudung
hitam dipadankan dengan t-shirt hitam juga. Well, aku percaya, bila sampai
rumah jam 7, aku antara ayam golek yang terbakar!.
Satu sikap
manusia di bazaar ramadhan yang aku dok perhati, selain membeli belah dengan
hawa nafsu dan tamak haloba ialah BERATUR. Kalo dekat bazaar ramadhan rembau,
huh xde nye nak beratur! Kalo tepi sebelah makcik tengah buat ice-blended tu
kosong, kat situ lah die menepek order sedangkan belakang-belakang tu belum
order lagi! So sweet kan. “Dah kol 6 ni, kang tak sempat nak berbuka, jadi nyelit
je lah ye kak oi!”
Bila aku
pergi bazaar ramadhan serdang pula, (nasib baik pergi bukan waktu kemuncak
seperti kat rembau), orang kat situ bebaik. Pandai beratur! Yelah kan, awak tu
semua kerja dalam university, tak kan tak ade kesedaran sivik kot! Tapi ade je
yang buat-buat tak perasan. Nak marah pun, kite tak boleh sebab kite digalakkan
bersabar! =) “tak pe-tak pe, murtabak makcik ni banyak lagi”.
Dan bazaar ramadhan
nilai di taman semarak yang aku pergi pukul 6! Tak payah cakap. Lautan manusia
dengan cuaca terik! Amek ko!! Nak jalan pun susah. Menyingkot-nyingkot dan yang
paling aku stress apabila orang depan stop, pikir nak beli apa atau tengah keluar
duit, yang belakang pun terpaksalah stop. Nak motong, orang kat depan melintang
patah pula. Jadi tak boleh jalan???? apa boleh buat??? SABAR! =)
Tapi yang
penting sekali, aku belanja di bazaar ramadhan mengikut keperluan. Sudah tak
ada lagi hawa nafsu yang tamak haloba bila berbuka ketika masa kecik
dulu..kekeke. mungkin sebab dah besar matured kot. I buy what I'm craving
to eat. Ayam goreng + nasi putih + sos cili dan air sarsi sejuk. Done! Aku sungguh
bersyukur dengan nikmat ALLAH. Tapi aku ade juga beli kuih cara manis atau putu
piring skali. Cedap!