oleh sebab kebelakangan ini aku kadang-kadang rasa nak pitam.. kemudian aku rasa pening2.. kalau aku dok lama sikit kan..bila aku bangun dan terus berjalan aku terhoyang-hoyang dan pandangan mata jadi kabur dan berbintik hitam..
duhh...cuak seh aku dgn keadaan diri aku ni..
ada yg cakap mungkin aku stress, ataupun kandungan kelestrol dalam badan tinggi, ada juga bercerita mungkin darah tingii.. erkk??
dan bila keadaan seakan makin teruk bila aku drive waktu malam aku seakan tak sedar.. aku terawang-awang..aku macam tak tahu apa yang berlaku..ibarat kepala nak jatuh ke bawah.. aku seperti hilangg.. perghh sadis gile ayat aku.. pangg!! tampar aku satt.. day dreaming ke hape tuh??!!
oleh itu, aku dgn akak elis (bukan nama sebenar =p) telah bersetuju untuk hantar aku ke pusat rawatan berdekatan.. aku ape lagi.. berkobar2 beb.. excited gile wa masa tu, wa rasa sprt ada sinar pada 'penyakit' mistri wa, padahal wa tahu mungkin wa stress kot kan..wa berloncat kegembiraan dan tersenyum suka mengenangkan wa nak pergi buat pemeriksaan kesihatan nanti..PANG!! macam wa tak pernah pergi PK pulak kan.. oh ya PK merujud kepada pusat kesihatan ^.^
pada hari dijanjikan, kami pun bergerak la ke PK dgn menaiki kereta kak eliz.. saat tu kn aku rasa macam nak tarik diri je..biar kak elis je pergi sorang, ataupun aku dok teman dia.. aku tak yah la pergi jumpa doc kan.. tapi kak elis marahhh!! dan sampai ni, alang-alang sekali ok! teeeeeheeeee (budak takut nak jumpa doc)
selepas isi borang, ambil nombor giliran dan tunggu
ni nombor giliran aku pada hari tu.. kak eliz dapat doc lain.. jadi aku dgn bajet muka cun duduk sbb nombor aku belum dipanggil |
dipendekkan cerita : bab proses ambil darah tu tak yah la, sebab aku rasa normal saja pada semua orang kan.. tapi mungkin berbeza sebab proses nya berlainan tapi aku tak takut tengok darah DAN aku adalah pesakit yang jakun dengan darah sendiri (gile excited).. tak pernah aku tengok darah aku sepekat tu.. perghh..
kemudian dapat keputusannya : masa jumpa doc tu balek, dia cakap darah merah aku ok, darah putih ok, darah itu ok, darah ini ok tapi ade satu slek! perghh dia buat muka cemas kot.. ayat dia yang aku ingat
"semua ok cuma satu je, kandungan gula dalam darah awak sangat rendah.. 40 ml ni sangat rendah tau, itu yang punca awak rasa nak pitam, tak bertenaga.. awak kena baik-baik, awak boleh pengsan tau.. sakit awak ni term dia ialah hipo.. tapi tak apa, saya bagi awak multivitamin..awk kena makan sampai habis dan ingat, awk jangan makan lewat.. makan sebelum pukul 7.. nanti isolin akan bertinda bla .. bla.. bla ".. macam lah aku boleh ingat sume ape yg doc tu cakap kannn
ini multivitamin yang doc tu bagi.. kena makan pada waktu pagi selepas sarapan pagi |
setelah dapat ubat balik lah aku ke pejabat.. aku rasa pelik.. apa itu hipo?? yelah kandungan gula dalam darah rendah.. aku pun tau le..
fokus (n_n) |
balik je opis tanpa tegur rakan-rakan sepejabat aku terus search dekat intenet, bahaya ke sakit aku ni kan.. heh heh |
sedikit info mengenai HIPOGLIKEMIA (bukan adik-beradik lukimea..sapa cakap sama tu aku terajang karang)
- hipo ini adalah kandungan gula dalam darah yang tidak normal - paras normal ialah 70 - 110 ml
- otak adalah organ yang sgt sensitif pada tahap glukosa badan kita, oleh itu otak akan bertindak utk mengawal kadar gula dalam darah kita : thats y la I rasa pening2
- selebihnya klik dekat sini : maleh pula den nak rumuskan..
"please take care your own self because when u heard bad news about your healthy you will regret" : my experience
the end