Wednesday, April 6, 2011

I started my day with full of anger and resentment

 
my bad!!

semalam dah pesan pada diri sendiri tidur sebelum pukul 12 malam.. hendak pula kan semalam tu ade test, jadi otak aku mesti dah penat punya lah.. siang kerja, malam pula pergi kelas.. mahu tak nya aku kehabisan tenaga!! Flatttt..

Jadi tak de kena mengena dengan semalam la kan!! Sebenarnya ada.. aku tido lambat dohh.. aku bantai tdo pukul 1 pagi.. perghh bangang tak aku?? Apa yang aku buat malam tadi ni…?? Biarlah, tak mo taip sebab tajuk di atas tidak ada kena mengena dgn kejadian semalam

Pencetus amarah aku ialah apabila Otak dan Hati tidak bersatu.. bangangg lagi tak? Bila bangun pagi, apa lagi Badan aku sangat malas la..katanya “I tak cukup rehat lagi la, I nak tido lagi”.. Hati aku pula pun menyokong kata si Badan aku ni “betul juga tu, awak mesti penat lagi, semalam awak tidur lambat..awak tak payah bangun lagi..sambung je la tidur dulu”

Oleh sebab si Mata aku tengok jam awal lagi, ape lagi aku pun ikut la kata Hati dan kehendak Badan aku.. dah syok layan tido balek.. ade satu bunyi.. Danngg..Danggg..Dangg..rupenya akak aku ketuk pintu, bangun, gosok baju dia :p.. sebenarnya itulah pemangkin utk aku bangun pagi-pagi.. kalau aku gosok baju akak aku malam tadi alamatnya memang aku tak akan dapat bangun awal la kan..

Dengarnya ketukan itu, ketiga-tiga organ aku yang dah mula bercakap sesame sendiri tu iaitu Badan & Hati & Otak, otomatik bangun segera gosok baju dia dan baju aku sekali.. dalam dok lalok tgh gosok baju tu, hati aku berkata “badann..awk penat lagi tak? Saya malas lah nak pergi kerja..lagipun saya tahu otak pun mesti pening lagi kan”.. Badan aku menjawab “a’ah, I penat lagi lah..I ingat nak tdo 5 minit lagi sebelum mandi.. ok tak korang?”.. dengan perangai gedik dohh.. si Otak pula turutkan juga.. “bole yo, lagipun awal lagi..tapi 5 minit jo, kang lambat lak poie kojo”.. dengan kata sepakat itu aku tdo balik selepas gosok baju..

Selepas berjaya gosok baju, dengan jayanya Badan aku menghempaskan dirinya ke atas katil empuk dan menarik comforter yang lembut dan gebu itu menyelimut dirinya (sadis lagi ayat aku ni) OK kata 5 minit je kan.. tapi si Hati ni kata “saya tak nak pergi kerja la, letih la, lagipun kerja hari ni rasa tak syok lagi la.. kite ambil mc aje la”.. time tu jam 0710. Si Badan pula mula memainkan peranan dengan menyokong cadangan Hati dengan membuat perut aku sakit=serangan gastrik.. jadi aku adalah alasan utk dapat MC..boley cuti la kan…sambung tdo.. rehat kan organ sepuasnya-punya dan menikmati comforter yang lembut dan gebu itu...yeayyyy

Tapi si Otak membentak..”mano boley, hari ni ado kojo yg nak kono submit hari jumaat, dah kalo hari ni cuti bilo laei nak siap.. ekau jgn nak malas ok, pi bangun copatttt-coppaattt”.. pergh Otak aku dah mengamuk ni.. Otak aku ni baik skit dari Hati sebab Otak aku sentiasa berfikir rasional dan positif.. baguih kan.. hehe.. x macam si Hati-ikutkan perasaan sangat..

Dengan seperti lipas kudung aku bersiap.. jam dah 0720..memang confirm punch card aku merah..sepatutnya time ni aku dah keluar rumah, tapi masa tu bole lagi aku lilit2 tudung.. dalam dok tachup tudung bole pula akak aku sound “asyik lambat je..mcm mana performance nak bagus?? Mcm mana nak dapat permanent??”.. TERCALAR doh hati aku dgr ayat aku mcm ni.. dengan tidak semana rasa amarah aku muncul dan aku menjawab “hei, tapi still sampai sebelum pukul 8 ok”. Memang kurang ajaq aku membalasnya.. adik durhaka betul (~.~).. oleh itu lilitan tudung aku tidak sempurna.. dua pin tidak dipasang dan aku bertekad untuk memakainya di opis.. dah lambat weiiii..

Untuk mengelak punch card merah..aku dengan rasa marah yang ada tadi terus memecut laju kereta pinjam aku tu.. memang aku bawa kereta tadi dengan perasaan marah, geram, sakit hati, dan tercabar! Aku tekan minyak kuat-kuat dohh! Aku akan buktikan yang aku bole sampai sebelum jam 8 – alah, aku dah biasa buat.. hehehe

Masuk je highway, kereta dah tak banyak, 0740 kot mana ada kereta lagi..semua dah parking dekat pejabat masing-masing.. aku je yang tak, tengah memecut utk sampai serdang.. memang laju la aku bawa.. cecah 150 juga.. tapi aku ni pemandu yang berhemah.. dah kalau kereta depan slow tak kan aku nak langgar je kan, atau jerit “wei-wei, bagi aku lalu.aku dah lambat.aku bawa laju ni.kerata hang slow dok line tengah la”.. nak kena jerit mcm tu ke?? Atau letak sepanduk dekat bumbung kereta, dan bila kereta depan tengok kat side mirror atau back mirror diorang akan ketepi..mcm tu ke?  Tak patutkan.. xmo-xmo

Tapi ada kereta dua bangang yang tak paham bahasa bahawa ada kereta berderat didepan.. boleh pula bg i-bim suh ketepi..aku menyentap dohh.. aku kalau nak cepat pun aku tak pernah bim atau cucuk kereta depan..aku sabar deh.. tapi sebab diorang think diorang bawa kereta mahal dan sisi kereta diorang lagi tinggu, diorang ada hak la nak buat mcm tu kepada orang lain.. sentap mak beb!! Lagi aku marah, geram, sakit hati dan berdendam

Dah tu pulak kan..masa exit tol serdang, aku nampak banyak motor. Jadi aku perlahan la..aku dah bagi signal pun nak masuk tapi ada satu kereta wira ni yang slow nak mampus bole hon aku! “wei bangangg, ko nampak tak moto banyak tu… aku bole je terus masuk exit dengan langgar diorang pada kadar kelajuan kereta aku ni, tapi aku tak bodoh der, aku tak bangangg mcam ko.. aku bagi moto tu lepas dulu… lagipun ade ape hal.. aku bg signal kot.. yg ko berangan bawa kereta apa pasal, da la slow, yg lain nak masuk exit serdang kena merangkak sbb kete ko slow sgt.. bangangg x??”

Lagi satu kes.. bole plak jem nk masuk pejabat.. derr kol 8 da kot.. korang pun lambt juga ke.. aku angin betul.. byk kali aku brek..apa hal pulak ni kan.. sakit jiwa aku.. sampai kat opis, da punch, sah merah – aku lupa pula nak ambil pin . tudung aku sah dah herot berot.. mcm shial doh aku rasa.. aku patah balek ke kereta aku g ambil pin..





Memang aku rasa stress sgt utk mulakan pagi ni.. byk kali aku mencarut, mengamuk dalam hati.. Astafirullah.. aku baru sedar.. itu ujian dari-NYA.. tak sepatutnya aku merungut.. gayanya aku gagal dalam ujian kali ni.. tiada langsung kesabaran aku (T.T)

kini aku sudah kembali normal.. aku sedar, aku tak sepatutnya membiarkan Otak dan Hati bercanggah sesama sendiri.. mereka harus bersatu padu untuk kejayaan aku.. cewahhh.. lagipun, perempuan ni kalau nak cukup bulan mmg marah dia over seket.. alahaii.. nyampah makk

1075 words : kalau lah aku buat esai macam ni..mmg cemerlang la aku.. wahaha!!
the end