Wednesday, April 20, 2011

mimpi tidur siang yg sangat pelik


sejak kebelakangan ni aku selalu dapat mimpi yang pelik-pelik. macam dua hari yang lepas aku dapat mimpi yang aku sedang nak dukung baby yang sgt comel, montok dan sedap peluk TAPI no wonder la sebab bila aku terjaga dan aku fikirkan rasionalnya mimpi aku tu, mmg betul kot sebab by end of this year, aku akan dapat anak buah baru-- InsyaALLAH



lagi satu mimpi pelik aku ialah mimpi aku sedang parkir kereta, tapi aku parkir senget.. hahhh??



tapi yang buat aku sgt curious atau pun sampai sekarang aku tercari-cari maksud mimpi siang aku tadi sbb mimpi tu sgt lah pelik.. siap boleh sambung balik, sebab aku terjaga, lepas tu aku landing balik, mimpi tu datang balik..jadi mimpi tu sgt pelik



hari ini kerja aku fokus pada screen komputer..dan hari ni aku mmg sgt penat. selalu aku tak ngantuk waktu rehat--tapi hari ni aku mengalami mengantuk yang melampau, nak pula memang aku terlampau fokus dgn kerja aku, iaitu mengadap screen komputer.. hey ada effect tau mengadap screen komputer lelama... jadi time rehat terus aku cari tempat landing, mata aku memang tak boleh tahan



asyiknya tidur siang aku tadi ialah aku mengalami mimpi yang sangat unik..



  •  aku mimpi seorang pregnant lady - YE dalam mimpi tu sangat pasti ada yang sedang mengandung, aku macam nampak jelas muka perempuan tu tapi aku tak sure.. macam kawan aku si Zu tu, sbb baju mengandung warna unggu, tapi apa kena mengena dengan baju mengandung warna ungu dan zu pulak? yelah mungkin sebelum masuk landing tu, aku ada bercakap dgn dia..itu yang muka dia termasuk sekali dalam mimpi aku kot.. hahaha jadi wanita mengandung pulak tu... hahahaha.. sorry zu


gambar sekadar hiasan - google


  • dalam bilik landing aku tu, atau pun dalam mimpi tu, masa aku tengah landing aku di datangi oleh ex-couple aku dan guy yang pernah minat aku kaw-kaw punya...wahh terkejut aku..diorang datang dgn bising-bising sambil nak buat sebuah party..havock betul la masa tu, dah tu dtg dgn pakaian kemeja yg kemas
  • ok, party tu memang wujud dalam mimpi aku.. party tu diadakan dalam bilik yang aku tgh landing dan jemputannya sangat lah ramai.. sesak kot bilik tu.. macam-macam lah hadir.. siap ada muka bos besar aku, pegawai-pegawai aku dan kekawan masa buat dip dulu.. dasyat-dasyat.. (tengah geleng kepala ni) tujuan adakan party tu tak silap aku sambut besday seseorang.. hmm
  • kemudian, aku mimpi board yang dalam ofis aku terjatuh, dan aku nak sambut tapi ada one guy dtg tolong-aku tak nampak muka guy tu, tapi aku tau dia guy
  • then aku lari dari party tersebut sbb ENTAH, aku nak berjalan kot..tetiba masa keluar dari pintu aku dah ada kat sebuah jeti.. ERK?? dan kat bawah jeti tu pula ada satu biji pelambung yang agak besar sedang terapung.. then suddently crowd yg kat party tadi memenuhi jeti yang berbentuk L dalam mimpi aku tuh.. diorng bersorak suruh aku terjun dalam pelampung tu?? what the hell pulak kan aku kena terjun, tapi aku tak terjun... member aku yang terjun.. hik hik
  • lepas tu, member aku yang terjun dalam pelampung tu tiba-tiba sedang bawa kereta --- ha time ni cd otak aku rosak kot!! mcm mana pula dekat jeti tetiba ada dalam kereta pulak kan?
  • k cerita mimpi ni, member aku yg terjun pelampung tu bawa viva dia keluar dari sebuah lorong shoping complek.dan aku ade dalam kereta yang lain, disebelah aku seorang driver yang agak pakar.. yg driver tu aku konpius.. sbb mulanya aku rasa drive tu sepupu aku.. sbb dia tgh berlumba dgn member aku tu.. viva lawan wira.. dasyat snguh lap yg diorang buat ni.. tapi yg penting memang ada langar becak.. tu confirm aku pasti
  • ha mimpi yg ni pelik skit sbb tetiba aku ada dalam sebuah kereta lain bersama dgn pemandu lain yang sdg memandu.. aku rasa kawan opis aku kot---sbb dalam mimpi tu aku rasa janggal sbb mcm mana dia bole tahu bawa kereta sdgkan dia tak ada lesen.. ha pelik x?    


jadi itulah cerita mimpi aku pada hari ni.. mungkin sbb aku terlalu penat dan terlalu berfikir sampai yang bukan-bukan datang dalam mimpi aku ni.. nasib baik aku tak mimpi yang aku ni Miss Catherine Middleton yang nak kawen dgn prince William tu, ha mcm mana?? .. kalau betul lah aku mimpi macam tu memang haru biru dan tunggang terbalik sebenarnya hidup aku ni.. hahaha