the following image is totally from google.. dari mana pula google dapat, aku tak amek tau!
ok
kalau aku boleh pilih tempat percutian aku.. aku lebih suka bercuti dekat laut, gunung-ganang dan kaki bukit
- standard la tu kak oi!!..-
tak standard sebab aku pilih untuk melawat gunung berapi.. aku suka tengok gunung berapi meletus, lava, kepulan abu, bukaan gunung berapi, dan macam-macam lagi lah..aku rajin search dekat imam google pasal gunung berapi.. UMUM mesti tahu kan jiran negara kita memang banyak gunung berapi yang aktif.. AKTIF ok.. belum tidur a.k.a mati. malah gunung berapi yang tidur tu lagi bahaya sebab manusia tak akan dapat agak bila ia meletus.. tak silap aku Indonesia ada 36 gunung berapi yang aktif.. dasat tak?
gunung berapi ni sangat menarik utk dipelajari sebab gunung berapi ada macam-macam jenis, fenomena yang tersendiri, kedudukan yang khusus dan aktivitinya tersendiri, ada yang dok kat bawah laut, malah lava tu pun ade tekstur nya tersendiri. nak tahu lebih lanjut boleh cari kat imam google or encik Wiki.. ok?? aku bukan ahli geologi atau kaji gunung berapi.. aku peminatnya sahaja..tapi apepun kan sungguh Indah Ciptaan Allah..
..antara gunung berapi yang sempat aku belajar sendiri..
ini gambar anak krakatau..hasil daripada letusan gunung berapi krakatau pada zaman dulu-dulu.. anak krakatau ni muncul 44 tahun kemudian selepas letusan gunung berapi krakatau..dan tetap aktif ok!
ini gunung berapi semeru atau dikenali dengan nama lain bromo-semeru. terletak di Jawa Timur Indonesia.
yang hujung nun pula ialah gunung berapi Galunggung. pernah meletus pada tahun 1882
gunung berapi mahameru - tertinggi di Pulau Jawa dan kedua tertinggi di seluruh Indonesia - statusnya Aktif juga ya
last one is Gunung Merapi - siapa yang tak ingat dengan Merapi?? mmg nak kena lah tu! kalau tak ingat juga Gunung ni lah yang meletus pada Oktober-November, 2010 dan kalau nak tahu juga Merapi dah meletus 69 kali jadi apa ada hal la kan??
tak lupa juga kita ada gunung berapi bawah laut.. difahamkan terdapat satu Gunung Berapi Raksasa yang terletak di bawah laut di Bengkahulu.. kedudukan dia kira-kira 320km barat daya Bengkahulu.. ushh Gunung Berapi Raksasa tu-- bila ianya nak meletus?? kalau meletus petanda kiamat?? fikirkan ya =)
dah semua tahu letupan puluhan gunung berapi pada zaman purba kala yang telah melupuskan kewujudan dinosaur di atas muka bumi ini.
BESTNYA!!! nak kumpul duit nak pergi tengok gunung berapi!!
tapi mahunya mak ayah aku bagi la kan..
habis da.. post ni adik-beradik dengan post ni..