Tuesday, June 28, 2011

be grateful



::aku rase aku dah post kan pada 23 hb jam 5 ptg..tp ghupenya x lepas.. line slow!




Aku bersyukur sgt.. bukan bermaksud selama ni aku tak bersyukur.. Cuma kali ni aku nak coretkan bahawa aku sememangnya rasa bersyukur sgt








Bulan 6 ni aku lalui kesukaran dalam kewangan aku. Tak pernah aku rasakan semiskin ini. Selama ni aku belanjakan cukup-cukup sahaja (walaupun ada bulan-bulan tak cukup juga) tapi kali ini aku bebetul rasa sengkek! Susah aku nak tarik nafas sebab aku tahan makanan aku… hehe.



 
Smpai gunakan duit zu dulu utk bayar minum sbb aku gunakan wang kecemasan aku, note warna biru yg aku selitkan di tepi purse.. aku selitkan supaya in case aku ade kecemasan., aku ade back up..dan skang ni mmg aku gunakan wang tersebut..tp makcik tu pula xde duit kecik. Tapi ianya sgt menyedihkan bila kita buka purse kita, hanya ada kertas-kertas kosong yang tidak bernilai,kad bank yg tiada duit di dalam bank, berserta juga resit-resit terdahulu. 
 




Mcm semalam, aku buat loan segera dgn akak aku. Sbb aku nk guna duit utk beli beberapa barang yg harus digunakan.. ingat jumlah barang aku tu sikit saja, rupenya telan 80 henggit! Mmg aku tak bole bla. Aku sungguh terkejut! Nasib baik aku ade buat loan segera, kot tak aku keje kejap kat giant tu.. Barang skang ni dah mahal. Jadi aku tak bole boros selalu. BOROS TIME DUIT MMG TAK ADA! Itu tak seharusnya terjadi.




 
Seriously, dalam minggu ni aku rasa tercekik, tersedak, terkempis dan terbengong sbb masalah kewangan..tapi ALLAH itu maha penyayang.. sehingga semalam aku catu makanan aku. Aku tak makan tengah hari, dan malam makan nasi dengan telur saja!. Ini mmg pengajaran buat aku.




Tapi hari ni Allah gandakan nikmatNya kepada aku. Hari ni khamis, orang kerajaan dah gaji,..begitu juga dgn aku.. so aku boleh tarik nafas lega sbb aku boleh bayar balik hutang segera aku tu dan perut aku tak kan kena gastric..hehe





Lagi nak tambah, hari ni aku ade AGM..makanannya best.. deme bg KFC utk anggota yg hadir..kemudian aku ade perhimpunan bulanan staf yg juga makanannya juga best.. ada satay lagi gitu..hehe. dan malam nanti akak aku belanja nasi lemak ayam goreng..mesti sungguh kenyang kan.. hehe





Sesungguhnya hari ini aku sungguh bersyukur dengan NikmatNYA.. dengarlah, kalau kita bersabar dengan dugaanNYA, kita akan mendapat balasan lebih dari apa yg kita hadapi (jika kita redha).. jadi hari ini aku tak perlu keluarkan duit utk beli makanan sbb aku rasa makanan utk aku hari dah terlebih..hehe..





malah, hari ni aku bawa balik satay yg lebih tadi dan kfc.. hehe.. rasa syok sgt! (^____^)







Al-Baqarah [152] Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;  dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur



syukur, Alhamdulillah

=)