Friday, July 8, 2011

sama-sama tak tahu


Hahaha..bila aku kenangkan tajuknya memang aku akan tergelak.. aku pegang tugas kak eliz bermula 1 julai.. so kak eliz provoke aku yg tugas dia senang giler lah.. aku pulak piker 7 tahun punye lama dia bekerja mmg lah dia MASTERS! Aku ni ha.. x smpai setahun jagung, nama bos pun kadang-kadang lupa, no tepon office pun jarang nk ingat, haa dah jadi macam mana tu??






Tak ke kelam kabut aku dibuatnya..bukan kelam kabut, ketakk seluruh badan, gigil,dah tu aku bole gagap bila bercakap dgn bos aku.. see betapa besaqnye pengaruh bos aku tu.. siyes kalo bole aku tak nak keje bawah dia lagi, sekurangnya bagi la aku amatur skit utk pegang jwtn kak eliz ni. Walaupun aku dah di latih selama sebulan tapi aku rasa masih tak cukup!.. waaaa!! Aku masih perlukan kak elizzzzzzzz….





Yg kelakarnya, setelah seminggu ni, aku rasa OK la.. ade s/u jabatan tanya, ok ke keje kan? Aku jawab “setakat ni ok la kak.. keje sy pun skang ni update data staf, dtg tgk makanan cukup ke tak, jaga aktiviti-aktiviti en amir. Cop surat masuk.. uruskan permohonan staf kontrak.. so mcm tu je lah kak. Tp itu belum sampai mesy. Jemaah dekan, skt lagi, mesy pengurusan lagi, bla-bla,bla…”.. akak nor gelak je.. hahaha





Perkara yg aku takutkan ialah mesyuarat! Husshh dasat-dasat mesyuaratnya..jemaah dekan, mesy pengurusan, mesy fakulti, mesy itu, mesy ini.. mcm-mcm lah mesyuarat!.. so hari ni smpai la panggilan utk mesyuarat dekan! Waa ketakk mak nyahhh.. seminggu je lagi nak uruskan.. walhal aku ni bila tak banyak masa mmg aku cuak la wei! Aku ni tak berapa suka keje last minit, sebab pastinya aku akan jadi org yg sgt tak teratur!! Hehe





Tp bila aku pkiq balik, sebenarnya senang je.. ye lah susah bagi aku pada mulanya sebab ini adalah satu perkara yg baru bagi aku! So lumrah lah manusia bila pertama kalinya akan berasa cuak. Tidak terkecuali lah pada aku yang akan menguruskan satu perkara baru dalam kerja harian aku.. jadi aku agak clumsy tapi aku percaya lelama ti, bila aku dah biasa, aku pasti boleh lakukannya.. hip-hip-hooreeyy





Yg kelakarnya, aku mengharapkan bos aku tahu apa yg patut aku buat sementellah aku ni baru lagi, jadi ingat dia akan bagi sedikit tunjuk ajar la. Tapi dia bole buat muka blurr tanya aku itu dan ini.. haishhh en bos ni..sy mana lah tahu, tp sebab nak cover cerdik, aku main jawab je.. hahaha.. lantak la..





Apa yg penting skang ni aku kena faham bahasa bos aku.. sbb kadang-kadang dia cakap tajuk lain, tp maksudnya lain, dan pemahaman aku mestilah lain, hasilnye kertas keje pun akan lain.. hehehe.. so aku kena sentiasa peka..  dan aku harap bos-bos aku, bila minta dokumen tu cakaplah tajuknye yg betul dan penuh dan mudah di fahami! Ala lg senang apa yg tertulih kat atas kertas tu.. hehe





Kalo atas kertas tu kata laporan, ckp lah nak laporan.. kalo aku buat petikan minit mesy utk sekian-sekian, sila lah ckp sepenuhnya, jgn ckp separuh-separuh je..nanti  eden tak faham dan eden akan jd blur!



Eden belum masters lagi.. sy budak baru belajar, sila beri tunjuk ajar..
 sekian