Monday, December 19, 2011

Just shut UP and KISS me

Itu maksudnya kan.. bila ko dah buat satu keputusan, sama ada ko suka atau tak, ko larat atau tak. Kau kuat mahupun tidak.. kau mampu atau pun tidak. Kau rela atau terpaksa atau ko hidup atau ko mati, ko kena berhabisan, berjuangan, bermatian, ber dan ber lagi lah untuk capat tahap paling maksima


Jangan sesekali kau sia-sia peluang yang ko dapat. Tak semua orang dapat peluang ke dua. Macam kau pergi berperang, kau harus bermatian untuk menang walaupun terpaksa membunuh musuh yang mungkin ada anak bini dekat rumah yang sedang menunggu tetapi sebab kau dirasuk untuk menang lalu kau membunuhnya tanpa menoleh kiri dan kanan.


Ok.aku melalut sebab aku taka de idea yg hebat untuk digarap untuk bgtahu yang aku dah berjaya! Berjaya ape? Berjaya pakai lens sebenarnya..hahaha..  Menangis kot aku nak pakai lens tersebut. Aku cuba relate kan story aku dengan tajuk di atas.


Aku ni bukan lah rabun sebenarnya walaupun asal mak ayah aku rabun tetapi diorang rabun sebab dah berusia..aku dulu mata aku sihat wei..aku ada dua mata sepet yang memikat kau tau tak!?..haha.. kena plak dengan hidung tak berapa mancung, memang orang tak pandanglah kan.. (takde kena mengena)


Tapi aku dipengaruhi dengan tohmahan yang mengatakan girls pkai spek ni CUN wookk! Aku pun tak tau la macam mana aku buleh terpedaya sehingga aku mencuba dengan mengada untuk pakai spek. Merayu-rayu kat ayah nak buat spek mata beb..sebab tengok member pakai spek ‘cantik’ semacam je kan. Bajet bile pakai spek mata nanti adelah sorang dua lelaki makin terpikat dekat aku.. (-_-)


Tapi aku ni bangang jugak. Sebab bila aku dah ade spek, iaitu setelah berjaya memujuk ayah dan juga menghabiskan duit ayah untuk buat spek mata aku, kemudian aku tak nak pakai. Kononnya nk pakai time belajar je sebab tak nampak papan hitam.yelah dok belakang kelas kan, mana jelas. ALASAN!!
Itulah aku dulu. Kejap pakai, kejap tak. Kejap tak, kejap pakai. Kononya tak nak permanent rabun. Puiii la, padahal lobak merah xnk makan.. naïve kan aku!


Skang hambek ko! Aku permanent pakai spek tapi nasb baik power 125 je, dua2 belah mata. Bab yang tu ajaib kan sebab dua2 belah mata sama. Yelah! Aku tak rabun..aku mengada nak pakai spek mata, sebab tu aku dapat tahap rabun yang sama dua belah pihak mata aku. Aku pun tak tahu apa aku merepek sekarang ni.


So bila dah permanent pakai spek, baru menyesal tak sudah! Bila aku nak buat spek mata baru, aku siap cakap lagi masa beli spek. Yelah, orang tak lawa pakai spek mata yang besar lagi lah tak lawa, nasib lah lelaki yang nak kat aku tu. Terima lah aku seadanya.. sesungguhnya kecantikkan mata aku terlindung disebalik spek mata aku.. pangggg!!!!


Aku menyesal lagi bile sekarang ni kan fesyen pakai shawl or tdung Syria. Banyak gile style-style yang buleh menampakkan lagi kecantikan yg kau hado!.. tapi bile pakai dengan spek mata mana  nak jadi wei. Nak pula bingkai besar.. bughuk wei..aku tengok muka aku dengan spek dan shawl/inner tudung , aku pun naik seram tengok diri sendiri.


Sejak itu aku terasa sungguh tak adil kepada diri sendiri tetapi nasi sudah menjadi bubur. Aku tak buleh hidup tanpa spek aku skang ni. Oleh itu aku bertekad!


Aku bertekad nak pakai lens. Nak pula skang ni ade lens yang 24 jam. Lagilah aku teruja. Tapi tak teruja sebab aku ni punyalah takut nak buka mata besar-besar. Sebelum ni banyak kali aku beli lens.yang mahal-mahal pulak tu tetapi nan hado lah nak masuk n lekap dalam mata aku. Sebab gagal dulu ialah aku cepat patah semangat. Bila lens tu tak nak masuk, terus aku tak nak cuba lagi. Aku simpan je bendaalah tu sampai berbulan-bulan sampai Kering wok airnya..hahaha..burn mcm tu je lah duit aku.


Tapi sekarang ni. Bila aku bertekad dalam diri.. bila kemahuan aku mempengaruhi segala fungsi otak, terus aku berusaha kembali. Bila ayat JUST SHUT UP AND KISS ME bergema dalam telinga, terus aku pegi beli lens dan cuba pakai


Aku beli lens pukul 11 pagi tadi. Yang murah je sebab nak biasakan pakai lens dulu. First try, tak dapat masuk. Second try pun tak nak masuk. Aku rasa macam nak give up je kan.. tapi aku relax dulu. Bukak U tube tgk mcm mana pro-pro pkai lens. Letak dulu  kat tepi meja n buat keje dulu. Aku aim betul-betul and tengok betul-betul macam orang kat u-tube tu pkai lens.


Sebelum solat zuhur aku try pakai juga.tapi tak dapat.so aku pkir, xpelah.aku solat dululah dan berdoa supaya aku dipermudahkan untuk memakai kanta lekap ni. Serius, itu doa pertama aku sesudah solat zuhur tadi. Bila dah habes berdoa, aku cuba lagi. Tapi tak nak lekap juga kanta tersebut.hampa.xpelah, aku bersiap mcm biasa. mata tak boleh berpisah dengan spek la tu..
  

Aku pun buat lah kerja dulu sampai jam 3. Aku memang tak buleh tahan.aku tak kire. semangat berkobar ni. Aim aku hari ni mesti dapat pakai contact lens! By hook or by crook!!







Dan akhirnya setalah berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti kalah, aku berjaya juga melekapkan kanta tersebut dekat mata aku. Setelah berkali-kali kanta tersebut jatuh atas karpet opis and dalam sinki, setelah kanta tersebut melekat  dekat bulu mata aku.. dan buleh pulak kanta tersebut dok tepi je, tak nak ke tengah..main-main betul kanta tu dgn aku, haha..tapi itu adalah pengalaman yang sangat bermakna pada aku. Menangis kesyukuran aku jap bila mata kiri aku terima kanta tersebut. Emo!

Itulah ceritanya kenapa tajuk entry ini just shup up n kiss me. Ianya bermaksud..anda harus berusaha. Tak kira macam mana susah pun. Anda harus laluinya. Anda dah pilih atau telah pun membuat keputusan, jadi anda tak buleh abaikan walaupun sesaat untuk mengecapi kejayaan itu. Dan percayalah, usaha bersama doa dan tawakal membuahkan ganjaran yang tak ternilai kepada diri sendiri. Usaha ok!