Tuesday, December 13, 2011

kemukan alasan ko!

  

berapa hari ni aku asyik lambat saja! seperti semangat untuk datang ke tempat kerja hilang begitu saja.. apa alasan aku nk kemukakan bila bos bagi surat chenta? haiyoo!!.. 
aku keluar awal, lambat juga.. kalau aku terlambat lagi lah aku lambat! puas dah aku tekan pedal minyak, tapi aku tetap jem di pintu masuk!

padahal sebelum ni bule je aku sampai awal! YA ALLAH, kenapa aku sebegini rupa, kenapa prestasi aku semakin merudum ni! apa yang menganggu fikiran aku! apa yang aku tak puas hati ni!.. tak kan sebab akhir tahun, semua serba tak kena.. atau aku dah tak tertanggung tanggungjawab aku sekarang ni!.. 

oleh itu, tiada tempat aku hendak melarikan diri, dan aku juga tiada alasan untuk masalah kelewatan aku..tak kan aku nk kata sebab aku dok nilai, nk dtg kerja kena makan masa 30 minit dan aku sangat susah nk keluar awal sebab aku seram nk keluar awal pagi sebelum fajar menyinsing.. apa aku merepek ni? dah lambat tu, lamba aje lah!!!
aku susah hati ni, tapi aku tak buleh lupa yang aku ada Dia..iaitu tempat aku mengadu nasib.. segala kekurangan ini mesti ade sebab, mesti ada alasan yang kuat kenapa aku berperang dengan diri sendiri..
Doa Penerang Hati

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)

 
"Ya ALLAH, terangkah lah hatiku..sisipkan lah kekuatan untuk ku dan tetapkan lah iman ku Ya ALLAH"