Thursday, July 12, 2012

Kadang-kadang


Kadang-kadang aku terlupa
Yang aku ni hamba Allah
Yang wajib melakukan apa yang disuruh

Kadang-kadang aku terlupa
Yang gelak tawa aku ni bukan selamanya
Bahawa episode sedih akan datang juga

Kadang-kadang aku terlupa
Untuk apa pedulikan orang lain
Sedangkan diri sendiri tak kisah pun

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa untuk mengelak dari melanggar anak burung dan katak
Aku sedang berada di selekoh tajam

Kadang-kadang aku terlupa
Demi kebahagian diri sendiri
Orang lain terpaksa berkorban kepentingan diri

Kadang-kadang aku terlupa
Mendengar zikir adalah jauh lebih baik
Dari mencari lirik lagu korea

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa sikap tamak
Hanya merugikan diri sendiri

Kadang-kadang aku terlupa
Ada beza antara keperluan, kepentingan
Dan kemahuan

Kadang-kadang aku lupa
Ikut kata hati tanpa akal
Ibarat ikut jalan yang tiada penghujungnya

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa rezeki ada di mana-mana
Apabila aku keresahan tentang duit belanja

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa jodoh telah ditentukan
Sedangkan aku sibuk mencari putera idaman

Kadang-kadang aku terlupa
Untuk memaafkan apabila sakit di hati
Sedangkan agamaku suruh mengeratkan silaturahim

Kadang-kadang aku terlupa
Untuk marah diri sendiri
Apabila leka dengan bisikan iblis

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa mati itu dekat sekali
Walaupun hari ni mata terbuka luas

Kadang-kadang aku terlupa
Bahawa sesungguhnya masa itu tidak menunggu